Kembali ke Linux – Ubuntu 10.10

Baru-baru ini saya telah memuat turun salah satu distro Linux yang popular iaitu Ubuntu versi 10.10 atau code name nya Maverick Meerkat. Muat turun boleh didapati dari official website Ubuntu di DOWNLOAD UBUNTU PERCUMA!!. Kali terakhir saya menggunakan sistem pengoperasian (OS) Linux ini adalah distro SuSe sekitar 5 atau 6 tahun lepas. Waktu itu memang agak pening tatkala mahu menjalankan setup atau installation Linux mungkin kerana interface sistem pengoperasian (OS) ini tidaklah begitu ‘user-friendly’ sebagaimana yang terdapat pada OS lain seperti Microsoft Windows.

Ubuntu 10.10 Desktop

Ubuntu 10.10 Desktop pada Compaq CQ35

Setelah lama tidak menjenguk serta mengambil tahu mengenai Linux, saya tertarik mengenai Live CD Ubuntu dimana kita boleh mencuba OS ini tanpa perlu dipasang pada hard disk. Selain itu, ia juga boleh disimpan didalam thumbdrive dan sedia untuk digunakan. Saya tidak akan bercakap lanjut mengenai bagaimana ini dilakukan kerana sudah banyak rujukan boleh didapati di laman web tentang bagaimana untuk run Ubuntu dari Live CD mahupun thumbdrive. Rujukan utama saya adalah dari FORUM UBUNTU MALAYSIA

Kenapa Ubuntu? Sebab ia PERCUMA! Cuma perlu keluarkan modal untuk thumbdrive ataupun sekeping CD sahaja. Pengguna OS seperti Windows mungkin agak sceptical bila pertama kali menggunakan Ubuntu. Pelbagai persoalan pasti akan timbul terutama mengenai keserasian perisian yang diperlukan seperti Microsoft Office yang sering digunakan. Ubuntu disokong dengan kepelbagaian perisian yang setara dengan perisian yang dibina atas platform Windows, seperti OpenOffice yang merupakan suite perisian seakan Microsoft Office. Ini akan saya terangkan lebih lanjut dalam entri seterusnya.

Buat masa ini, saya masih menggunakan kaedah dual-boot pada laptop Compaq Presario CQ-35 saya dimana saya boleh memilih untuk boot samada dari Ubuntu ataupun Windows 7. Entry akan datang saya akan menceritakan serba sedikit apa yang telah saya perolehi dan pelajari setakat saya menggunakan Ubuntu ini. Seboleh-bolehnya saya akan review dari sudut pandang sebagai end-user kerana saya pun bukanlah user yang mempunyai latarbelakang IT secara formal, sebaliknya hanya atas dasar try and explore.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , ,

5 Comments

  • Mohammad Suhaimi says:

    Ubuntu Linux, terbaik
    Sekarang saya pengguna Ubuntu 1 versi official, 1 versi non official, dan 1 lagi versi dari asas Ubuntu.

    Versi Official = Ubuntu 10.10 upgrade dari 10.04 upgrade dari 9.10 upgrade dari 8.04
    Versi non Official = Lubuntu 10.10, interface lagi ringan dan cantik dari Xubuntu (utk notebook low specs)
    Versi dari asas Ubuntu = Sabily, Ubuntu utk Muslim

  • anuar says:

    ubuntu 10.10.os terpantas versi desktop,lebih dr win7.sangat teruja semasa menggunakan compiz,emerald,cairo-dock dan conky scripts.

  • Fazil Amin says:

    UBUNTU 10.10, Pingyus, Fedora dan sekarang cuba Zenwalk…. user friendly mmg Ubuntu la… UNE dan Desktop Edition…. Cuba la kalau nk tahu…

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting