Ubuntu Software Center – Sungguh Mudah

Perkara pertama saya lakukan setelah install Ubuntu adalah mendapatkan software tambahan bagi melengkapkan lagi installation yang telah dilakukan. Pakej asas Ubuntu 10.10 didatangkan dengan beberapa software asas, namun saya masih memerlukan beberapa software lain untuk digunakan dalam tugas harian.

Dalam Ubuntu, mendapatkan software tambahan adalah mudah. Ini dilakukan melalui Ubuntu Software Center. Ubuntu Software Center boleh dicapai di Application > Ubuntu Software Centre.

Paparan Ubuntu Software Center

Apabila Ubuntu Software Center dilancarkan, paparan utamanya terbahagi kepada 2 panel, iaitu panel utama disebelah kanan yang menampilkan ‘Departments’, ‘Featured’ dan ‘What’s New’. Di panel kiri pula 3 menu utama iaitu ‘Get Software’, ‘Installed Software’ dan ‘History’. Saya tidak akan bercerita secara detail mengenai semua tersebut.

Apa yang dapat saya katakan sebagai end-user, proses mendapatkan software tambahan adalah amat mudah sekali. Sebagai contoh, jika saya inginkan program ‘Filezilla’, saya hanya perlu taipkan ‘Filezilla’ pada kotak carian, dan Ubuntu Software Center akan memberi hasil carian program Filezilla dan saya hanya perlu klik Install untuk memasang program tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , , , ,

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting