Maxis HTC HD7 Windows Phone 7

Hari ini 24 November, pelanggan setia Maxis telah pun menerima set smartphone terbaru berasaskan Windows Phone 7 keluaran HTC, iaitu HTC HD7. Untuk pasaran umum, pihak Maxis memaklumkan ia akan memasuki pasaran pada 26 November dan pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga Rm1000.00 dengan pakej yang ditawarkan.

Microsoft boleh dikatakan membuat ‘comeback’ dalam pasaran smartphone yang mana suatu ketika dahulu mereka boleh dikatakan agak dihadapan sebelum meningkatnya populariti saingannya seperti Google Android, RIM Blackberry dan Apple Iphone. Sejauh mana Microsoft mampu menguasai pasaran belumlah dapat dijangkakan. Namun kerjasama Maxis, HTC dan Microsoft pasti mampu sedikit sebanyak mewujudkan komuniti pengguna smartphone berasaskan Windows Phone 7 di negara ini.

Nota: Beberapa kenalan di laman web berpeluang membuat review mengenai Maxis HTC HD7 ini, tatkala entri ini ditulis mereka mungkin tengah sibuk mencuba telefon masing-masing. Serba sedikit saya akan sedut review mereka dan paparkan disini kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , , , ,

One Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting