Tengok TV Pakai Spek – Aquos Quattron LC60LE925M

Kecanggihan teknologi sekarang membuatkan mereka yang tak pakai kaca mata pun kena pakai jugak. Bila pakai, barulah nampak efek 3D yang dipancarkan dari siri terbaru TV LCD Aquos dari pengeluar TV terkenal Sharp iaitu Aquos Quattron LC60LE925M.

Kenapa Quattron? Siri Aquos yang terbaru ini menggunakan 4 warna asas dari LED backlight untuk paparan yang dikatakan lebih cerah. Menurut pihak Sharp, TV yang memancarkan 3 warna asas memerlukan lebih cahaya untuk menghasilkan warna ‘Yellow’, ‘Cyan’ dan ‘Magenta’, tetapi dengan tambahan warna ‘Yellow’ siri terbaru Aquos ini membolehkan paparan lebih jelas dan gamut warna yang lebih luas serta jimat penggunaan kuasa elektrik.

Antara ciri-ciri lain pada siri terbaru Aquos ini ialah teknologi FRED (Frame Rate Enhance Driving) yang mengurangkankan wayar serta komponen didalam panel LCD untuk meningkatkan lagi tahap kecerahannya.

Peralihan dari imej 2D ke 3D adalah secara automatik, namun untuk paparan tayangan 3D Blu-ray, perlulah ada pemain Blu-ray yang menyokong 3D dan ini turut dilancarkan serentak oleh pihak Sharp.

Pemain Blu-ray BD-HP90A mampu memainkan format DivX, MP3 dan juga beberapa format lain.

Aquos Quattron LC60LE925M dipasarkan pada harga RM24,999 dan didatangkan dengan 3 set kaca mata 3D. Harga untuk set kaca mata 3D tambahan adalah RM599 untuk satu set. Manakala pemain Blu-ray BD-HP90A dipasarkan pada harga RM1,399.00

Saya bukanlah penonton TV yang tegar. Hanya menghabiskan masa secara purata kira-kira 2 jam untuk menonton. Andai kata saya berpeluang memiliki TV semahal ini, saya perlu memaksimumkan masa menonton untuk mempastikan yang ia benar-benar berbaloi dengan harganya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , , , , ,

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting