Apple iPad Termurah di Malaysia

Apple iPad Secara Rasmi Masuki Pasaran Malaysia

Lama jugak menunggu tablet dari Apple iaitu iPad untuk berada dipasaran Malaysia secara rasmi. Boleh dikatakan Malaysia jauh tertinggal dalam memasarkan iPad secara rasmi berbanding negara jiran, Singapura. Memetik laporan akhbar The Star, iPad mula dijual di rangkaian penjual produk Apple terpilih mulai hari ini dan dikatakan iPad yang dijual di Malaysia merupakan antara termurah didunia!

Apple iPad Malaysia

Malaysia antara negara yang menawarkan Apple iPad pada kadar harga termurah


Harga pasaran iPad di Malaysia ditawarkan dari RM1,549 hingga RM2,599. Pasti mereka yang menantikan iPad berbaris panjang untuk mendapatkannya.

Pembeli iPad untuk pasaran Malaysia ini akan mendapat khidmat lepas jualan serta waranti yang disediakan oleh Apple Malaysia sendiri, sekaligus menjamin pembelian mereka lebih selamat.

Bagaimana pula reaksi pembekal telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom? Ada antara mereka sudah pun memperkenalkan pelan data khusus bagi iPad.Sebelum ini mereka telah pun menyediakan kad sim mikro yang bersaiz 52% lebih kecil khusus untuk iPhone 4.

Harga rasmi Apple iPad dengan kaedah sambungan data Wi-Fi sahaja adalah RM1,549 (16GB); RM1,849 (32GB); RM2,149 (64GB); manakala iPad dengan Wi-Fi + 3G adalah RM1,999 (16GB); RM2,299 (32GB) and RM2,599 (64GB).

Jadi mereka yang dah tunggu lama untuk dapatkan Apple iPad secara rasmi dari pembekal di Malaysia, segeralah ke rangkaian pengedar produk Apple yang berdekatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , , , , , , , ,

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting