Notebook dengan Chrome OS dari Google : Google Chrome Cr-48

Cr-48, itulah code name untuk notebook generasi pertama yang didatangkan dengan Chrome OS dari Google. Berwarna hitam, nipis, tanpa jenama, dikatakan peranti ini hanya mengambil masa 10 saat untuk boot.

Sistem pengoperasian Chrome dari Google pula adalah kesinambungan dari pelayar web Google yang popular iaitu Chrome, namun lebih banyak features didatangkan bersama.

Google Chrome Cr-48

Google Chrome Cr-48

Manakala peranti Cr-48 pula didatangkan dengan WiFi tersedia serta sambungan 3G untuk membolehkan melayari internet dimana sahaja. Turut tersedia adalah webcam, skrin LCD bersaiz 12 inci serta papan kekunci penuh dan pad sesentuh bersaiz besar.

Matlamat utama Google mengeluarkan Cr-48 beserta OS Chrome adalah untuk membolehkan capaian ke internet secara serta-merta serta perkongsian secara atas talian.

Mungkin inilah permulaan kepada masa depan apabila semua aplikasi adalah secara online hinggakan kita mungkin tidak lagi memerlukan aplikasi desktop.

Pihak Google buat masa ini hanya mengeluarkan Google Cr-48 untuk kumpulan beta-tester terpilih namun, Acer dan Samsung akan mula memasarkan notebook Google Chrome pada separuh pertama 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... , , , , , ,

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting