Microsoft Arc Touch Wireless Mouse

Microsoft telah memperkenalkan tetikus tanpa wayar terbaru dinamakan Arc Touch. Direkabentuk oleh pereka produk terkenal dari Peranchis, Phillippe Starck, tetikus ini mempunyai rekabentuk yang unik dimana ia boleh dilipat untuk memudahkan disimpan.

Bukan setakat itu sahaja, tetikus ini berada dalam mode ‘on’ bila dilengkungkan dan ‘off’ bila diratakan bertujuan menjimatkan kuasa bateri.

Microsoft Arc Touch Wireless Mouse


Sebahagian dari permukaan tetikus ini disaluti bahan getah hitam. Rekabentuk tetikus ini minimalis dengan hanya dua butang dan permukaan sensitif sentuhan diantara butang ini untuk fungsi ‘scroll’.

Unit penerima tanpa wayar tetikus ini boleh dilekatkan dibahagian bawah tetikus yang bermagnet untuk mengelakkan ia mudah hilang.Juga terdapat ruang bateri yang memuatkan sepasang bateri bersaiz AAA.

Tetikus ini ditawarkan pada harga RM219.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Analytics Plugin created by Web Hosting